Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 4.1 peratus

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Malaysia berkemungkinan besar mencatat pertumbuhan ekonomi lebih sederhana pada tahun ini dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur berkembang 4.1 peratus daripada 8.7 peratus pada 2022, kata Moody’s Analytics.

    Ahli Ekonominya, Denise Cheok berkata prospek juga bagaimanapun masih belum jelas dan sasaran perolehan hasil cukai mungkin terjejas jika pertumbuhan KDNK lebih rendah.

    “Risiko utamanya adalah ekonomi global dan boleh menjejaskan permintaan eksport Malaysia. Selain itu, trajektori ekonomi China juga tidak menentu dan ia merupakan rakan eksport kedua terbesar Malaysia serta destinasi utama bagi komoditi dan elektronik.

    “Potensi pemulihan permintaan pengguna di China agak cerah, namun peralihan daripada dasar sifar COVID-19 agak tidak menentu berikutan isi rumahnya terpaksa mengharungi peningkatan jangkitan COVID-19 itu,” katanya.

    Cheok berkata, cabaran lain adalah pengurangan hasil syarikat minyak dan gas negara, Petronas tahun ini berikutan penyusutan harga minyak.

    Moody’s Analytics menganggarkan minyak mentah Brent menyederhana kepada kira-kira AS$90 setong tahun ini berbanding AS$114 setong pada pertengahan 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda