Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana 4%

    KUALA LUMPUR, 20 JAN – Citi Research menjangkakan ekonomi Malaysia tumbuh sederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar. 

    Firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan berkata pembukaan semula sempadan China boleh membantu mengimbangi kesan ketidaktentuan luar daripada kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.  

    “Kami menaikkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 kami kepada 8.7 peratus,  mengatasi unjuran Kementerian Kewangan pada 6.5 hingga 7 peratus dan menjangkakan pertumbuhan sederhana kepada 4 peratus pada 2023,” kata Ketua Citi Research bagi Ekonomi Asia Kit Wei Zheng.

    Beliau berkata permintaan buruh dijangka kekal berdaya tahan dengan kadar penganggurann turun ke paras seperti sebelum COVID walaupun pelaksanaan penuh kenaikan gaji minimum 25 peratus bermula separuh kedua 2023 boleh menambah kepada tekanan gaji. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...