Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Rusia lebih teguh walaupun dikenakan sekatan

    MOSCOW, 28 APRIL – Ekonomi Rusia ternyata lebih teguh daripada jangkaan dengan sekatan yang dikenakan tidak menjejaskan ekonominya seteruk yang disangkakan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Tinjauan Ekonomi Serantaunya untuk April, lapor Sputnik.

    “Ekonomi Rusia setakat ini terbukti lebih berdaya tahan terhadap sekatan berbanding jangkaan awal pemerhati,” kata IMF dalam dokumen itu dan menambah walaupun penurunan mendadak pada suku kedua 2022, ekonomi Rusia berjaya pulih pada suku ketiga dan suku keempat yang mengehadkan kejatuhan keluaran 2022 kepada 2.1 peratus.

    Keupayaan Rusia untuk mempelbagaikan eksport minyak mentahnya dengan menjalin hubungan perdagangan dengan negara yang tidak mengenakan sekatan, menyumbang kepada jumlah dagangan eksport minyak yang berdaya tahan, sekali gus membawa hasil yang tinggi untuk ekonomi negara itu, menurut data IMF.

    Lonjakan dalam perbelanjaan kerajaan, termasuk perbelanjaan berkaitan pertahanan pada separuh kedua 2022 meningkatkan KDNK Rusia sebanyak kira-kira 4 peratus daripada paras potensinya, tambah IMF. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda