SINGAPURA, 1 JAN – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mengumumkan kelmarin bahawa ekonomi negara itu berkembang sebanyak empat peratus pada 2024, ‘melebihi jangkaan’.
“Dengan ekonomi yang kukuh, saya menjangkakan pendapatan sebenar akan terus meningkat,” kata Wong dalam ucapan Tahun Baharunya.
Perdana Menteri Singapura itu berkata beliau akan menetapkan langkah seterusnya untuk negara dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Februari.
Kepentingan utama termasuk meningkatkan daya saing ekonomi Singapura, mewujudkan peluang dan pekerjaan berkualiti untuk rakyat, serta mengurangkan kesan kos sara hidup yang meningkat.
“Kami akan menyediakan lebih banyak bantuan yang disasarkan kepada mereka yangsukar bertahan, terutamanya golongan warga emas dan kumpulan berpendapatan rendah,” kata Wong.
Lawrence Wong menambah bahawa kumpulan lain, seperti rakyat Singapura berpendapatan sederhana dan pertengahan umur yang memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa tua serta anak-anak kecil, tidak akan diabaikan. – Xinhua