Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Singapura berkembang suku ketiga 2022

    SINGAPURA, 23 NOV – Ekonomi Singapura berkembang 4.1 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2022, lebih rendah berbanding pertumbuhan 4.5 peratus pada suku sebelumnya, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

    Dalam laporan ‘Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2022’ yang dikeluarkan hari ini, MTI berkata unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 untuk republik itu telah mengecil kepada sekitar 3.5 peratus, daripada 3 hingga 4 peratus sebelum ini.

    “Ini selepas mengambil kira prestasi ekonomi Singapura dalam tiga suku pertama tahun ini, serta perkembangan terkini luaran dan domestik,” katanya.

    Kementerian itu turut mengunjurkan ekonomi Singapura berkembang sebanyak 0.5-2.5 peratus pada 2023.

    Sementara itu, meninjau prospek menjelang 2023, MTI berkata kadar pertumbuhan KDNK dalam kebanyakan ekonomi utama dijangka terus menyederhana daripada paras 2022, dengan kelembapan ketara diunjurkan di Amerika Syarikat dan Zon Euro.

    Di Asia pula, MTI menyatakan pertumbuhan China diunjurkan meningkat daripada asas rendah tetapi kekal lembap kerana dasar sifar COVID negara itu dijangka terus mengekang penggunaan isi rumah. Dalam pada itu, pertumbuhan KDNK ekonomi Asia Tenggara – Malaysia dan Indonesia dijangka menyederhana di tengah permintaan lemah untuk eksport barangan, walaupun pemulihan berterusan dalam permintaan domestik dan pelancongan akan memberi sedikit sokongan, tambah kementerian itu. – Bernama

    Ekonomi Singapura berkembang 4.1 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2022, lebih rendah berbanding pertumbuhan 4.5 peratus pada suku sebelumnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda