Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Ekonomi Sri Lanka bakal ‘runtuh’ tanpa kerajaan baharu

    COLOMBO, 12 MEI – Ekonomi Sri Lanka akan ‘runtuh sehingga tidak boleh diselamatkan’ melainkan sebuah kerajaan baharu dilantik dalam masa dua hari untuk memulihkan kestabilan politik, kata ketua bank pusat semalam.

    Beliau berkata keganasan perusuh terbaharu menjejas pelan pemulihan bank berkenaan, dan peletakan jawatan perdana menteri pada Isnin serta kekurangan pelan penggantian memburukkan lagi keadaan.

    Menurut beliau, kestabilan politik adalah penting untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi bertujuan mengatasi krisis hutang negara dan kekurangan akut tukaran asing untuk mengimport barangan asasi yang penting.

    “Sekiranya tiada kerajaan dibentuk dalam masa dua hari ini, ekonomi negara akan runtuh dan tidak ada sesiapa yang mampu menyelamatkannya,” kata Gabenor Bank Pusat Sri Lanka Nandalal Weerasinghe.

    “Dalam masa seminggu atau dua ekonomi akan jatuh sepenuhnya. Tidak ada sesiapa yang boleh menyelamatkan Sri Lanka pada masa itu. Tugas saya sebagai gabenor juga tidak mampu membantu,” kata beliau.

    “Saya akan meletak jawatan jika tiada tindakan yang diambil untuk membentuk sebuah kerajaan.” Sejurus selepas mengambil alih tugas sebagai ketua bank pusat bulan lepas, Weerasinghe mengumumkan kegagalan membayar hutang luar Sri Lanka berjumlah AS$51 bilion, mengatakan negara tidak mempunyai wang untuk membayar pemiutangnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -