Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Sri Lanka ‘runtuh’

    COLOMBO, 22 JUN – Perdana Menteri Sri Lanka berkata ekonomi negara itu ‘runtuh’ selepas berbulan-bulan mengalami kekurangan bekalan makanan, minyak dan elektrik, dan negara itu kini tidak mampu untuk membeli minyak import.

    “Kita kini berada dalam keadaan yang jauh lebih serius daripada kekurangan minyak, gas, elektrik dan makanan. Ekonomi kita telah runtuh sepenuhnya. Ini adalah isu yang paling teruk,” kata Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe kepada parlimen.

    Wickremesinghe yang juga menteri kewangan memikul tugas untuk menstabilkan ekonomi, yang terbeban dengan hutang, kehilangan pendapatan daripada pelancongan dan impak lainnya akibat pandemik serta peningkatan kos komoditi.

    “Ketika ini, Ceylon Petroleum Corporation menanggung hutang sebanyak AS$700 juta,” dia memberitahu penggubal undang-undang. “Disebabkan itu, tiada negara atau pertubuhan ingin memberikan minyak kepada kita. Malahan mereka enggan memberikan minyak untuk wang tunai,” katanya.

    Wickremesinghe berkata kerajaan gagal bertindak tepat pada masanya untuk menukarkan keadaan, ketika rizab mata wang asing Sri Lanka berkurangan.

    “Jika langkah-langkah diambil untuk memperlahankan keruntuhan ekonomi dilakukan pada awalnya, kita tidak akan berdepan situasi sukar pada hari ini. Tetapi kami kehilangan peluang ini. Kita kini melihat tanda-tanda kemungkinan berada dalam keruntuhan,” katanya. – AP

    Penduduk Sri Lanka beratur untuk mengisi minyak tanah di Colombo. Perdana Menteri Sri Lanka mengumumkan negara itu dalam keruntuhan ekonomi sepenuhnya akibat krisis makanan, minyak dan eletrik serta petrol selama berbulan-bulan.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda