LONDON, 30 SEPT – Ekonomi Britain menguncup sebanyak 19.8 peratus pada suku kedua, mengalami kemelesetan disebabkan sekatan koronavirus, namun penyusutan adalah kurang teruk berbanding yang dijangka, data rasmi menunjukkan hari ini.
“Keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK dianggarkan telah menyusut sebanyak 19.8 peratus pada suku kedua 2020, berubah daripada anggaran kemerosotan 20.4 peratus,” kata Pejabat Statistik Nasional dalam satu kenyataan. Tatkala pandemik COVID-19 meletus, Britain mengalami kemelesetan pada suku kedua, selepas KDNK menyusut sebanyak 2.5 peratus pada suku pertama.
Definisi teknikal satu kemelesetan adalah penyusutan sebanyak dua suku berturut-turut. “Adalah jelas UK mencatat kemelesetan terbesar,” kata ONS, mendapati pandemik koronavirus mencetuskan kemerosotan dalam aktiviti ekonomi di seluruh dunia pada suku kedua.
Lebih daripada 42,000 orang telah diuji positif COVID-19 telah maut di Britain, jumlah kematian paling teruk di Eropah. – AFP