HANOI, 6 OKT – Vietnam mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, antara peningkatan tertinggi dalam tempoh lebih sedekad, meskipun berdepan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).
Menteri Kewangan, Nguyen Van Thang berkata kadar itu, tidak termasuk lonjakan luar biasa pada 2022 susulan pemulihan pasca COVID-19, merupakan ‘pertumbuhan suku tahunan tertinggi sejak 2011,’ menurut kenyataan kerajaan.
Hab pembuatan utama Asia Tenggara itu turut merekodkan pertumbuhan 7.96 peratus pada suku kedua.
Secara keseluruhan, bagi tempoh Januari hingga September, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu meningkat 7.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Thang.
Kenyataan itu menegaskan Vietnam berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang ‘positif, luar biasa dan menyeluruh’ meskipun berdepan cabaran global serta isu domestik, termasuk musim taufan yang menelan kos tinggi. – AFP


