Thursday, December 12, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekosistem digital kukuh jadikan M’sia negara berpendapatan tinggi

    KUALA LUMPUR, 12 DIS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembinaan ekosistem digital yang kukuh melalui penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) merupakan satu kemestian dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. 

    Beliau berkata ini kerana status negara berpendapatan tinggi itu hanya boleh dicapai sekiranya didorong oleh penggunaan digital.

    “Sekitar 20, 30 tahun lepas tatkala saya mengepalai Kementerian Kewangan, hal-hal ini hanya dianggap suatu permulaan, tetapi ia telah menjadi suatu kemestian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran NAIO di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur hari ini. 

    “Sebab itu sekali lagi saya tekankan mengapa kita (Malaysia) di antara beberapa negara awal di dunia yang meletakkan (mewujudkan) satu kementerian sebagai Kementerian Digital, kerana ini penentuan untuk menjayakan negara kita,” katanya.

    Beliau menyifatkan penubuhan NAIO sebagai satu lakaran sejarah dan merupakan kesungguhan serta ikhtiar negara dalam melaksanakan transformasi digital, sekali gus memacu Malaysia ke tahap sebuah negara berinovasi. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo menyempurnakan majlis pelancaran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda