Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksekutif Arsenal bantu ekonomi kelab

    LONDON, 16 APRIL – Ahli eksekutif Arsenal telah bersetuju untuk membuat pemotongan lebih daripada satu per tiga dari gaji mereka dengan kelab memberi amaran mereka berdepan dengan ‘salah satu masa yang paling mencabar’ dalam sejarah kelmarin.

    Liga Perdana Inggeris telah digantung disebabkan oleh garis panduan kerajaan yang ketat untuk mengawal penularan koronavirus.

    Arsenal yang merekodkan 27 juta pound kerugian bagi musim 2018/2019 dan dalam landasan untuk mengalami kerugian yang lebih teruk tahun ini kerana penutupan.

    Dengan sekatan untuk menghabiskan baki musim ini, akan merugikan kelab Liga Perdana Inggeris dengan anggaran satu bilion pound.

    “Potensi impak kewangan adalah sangat penting maka kami mesti bertanggungjawab dan bertindak sekarang untuk menjaga Arsenal dari apa yang mungkin berlaku dalam beberapa bulan akan datang.

    “Apa yang jelas ialah ini merupakan salah satu masa yang paling mencabar dalam hampir 134 tahun sejarah kelab,” Arsenal berkata dalam kenyataan.

    “Ahli lembaga kami dengan sukarela mengurangkan lebih daripada satu per tiga pendapatan mereka bagi tempoh 12 bulan akan datang.”

    Untuk meredakan ekonomi, kelab Liga Perdana Inggeris telah meminta pemain untuk membuat pemotongan gaji atau penundaan pembayaran gaji sebanyak 30 peratus. – AFP

    Ahli eksekutif Arsenal telah bersetuju membuat pemotongan lebih daripada satu per tiga dari gaji mereka namun tiada perjanjian telah dicapai di antara pemain-pemain Arsenal dan kelab mengenai pemotongan gaji. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda