Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksesais AS, Filipina guna peluru hidup

    CAPAS, 13 OKT – Trak dipasang dengan pelancar menembakkan roket manakala jet pejuang siluman AS bertali arus di langit utara Filipina hari ini, dalam satu latihan perang yang menandakan pertunjukan kekuatan tentera Amerika di rantau itu, di mana Washington cuba menggentarkan seterunya.

    Latihan peluru hidup di lapangan tembak dan bom di lembah terasing, bandar Capas, utara Manila adalah tumpuan gerakan kesediaan tempur selama dua minggu, termasuklah latihan olok-olok amfibia dan taktik pertahanan bersama pesisir pantai membabitkan lebih 2,500 anggota marin Amerika dan Filipina.

    Tembakan artileri Howitzer bergema di seluruh lembah berpasir itu, dikelilingi gunung-ganang dan bukit dari kedudukan menembak marin AS dan Filipina, sebahagiannya tertutup dengan khemah penyamaran.

    Digelar Kamandag – akronim Tagalog bagi ‘Kerjasama Pejuang Laut – latihan ketenteraan itu akan berakhir pada Jumaat, diadakan selaras dengan latihan gempur antara Marin AS dan angkatan pertahanan diri Jepun di pulau utara Hokkaido, Jepun yang melibatkan kira-kira 3,000 kakitangan tentera kedua-dua buah negara, kata pegawai AS.

    Mejar Jeneral AS, Jay Bargeron dari Divisyen Marin ke-3 berpangkalan di Jepun, mengatakan latihan bertujuan meningkatkan keupayaan pertahanan sekutu AS bersama Filipina dan Jepun serta memastikan ‘kami bersedia bagi respons segera krisis di seluruh Indo-Pasifik.’ – AP

    Sistem Artileri Roket Berkelajuan Tinggi M142 (HIMARS) AS melepaskan tembakan semasa latihan gempur tahunan antara marin Filipina dan AS di Capas, wilayah Tarlac di utara Filipina, 13 Okt. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda