Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Latihan bersama tahunan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) iaitu Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) menyediakan platform untuk membangunkan dan mengembangkan lagi kerjasama ketenteraan kedua-dua belah pihak di mana latihan itu merupakan latihan penting dalam interaksi ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat (AS).
Latihan CARAT memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kapasiti di rantau ini serta membantu untuk mengeratkan lagi hubungan di antara angkatan tentera kedua-dua buah negara.
Peranan penting latihan CARAT itu ditekankan oleh Pemerintah Angkatan Bersama, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sarat ketika berucap di Majlis Pembukaan Eksesais CARAT ke-23 yang berlangsung di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara Kem, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)