Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Eksesais Kekar Malindo tingkat hubungan pertahanan

    KALABAKAN, 29 OKT – Kerjasama serta kejayaan Eksesais Kekar Kartika Malaysia dan Indonesia (Kekar Malindo) antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) sejak dahulu membuktikan hubungan pertahanan diplomatik yang teguh antara kedua-dua negara.

    Panglima Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen), Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman berkata eksesais bilateral itu telah lama dilaksanakan secara timbal balik yang meningkatkan hubungan pertahanan kedua-dua negara melalui perkongsian
    ilmu, pengalaman dan kemahiran.

    Beliau berkata eksesais itu kali ini dilaksanakan selama sembilan hari di Tawau dan di sini, sekali gus memperlihatkan kekuatan pertahanan kedua-dua negara berada pada tahap siap siaga dan semangat untuk saling berkongsi maklumat.

    “Melalui eksesais ini, kita dapat memupuk semangat persaudaraan, bertukar pendapat dan berbincang dalam melaksanakan latihan serta operasi gabungan untuk kebaikan bersama,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Eksesais Kekar Malindo Siri 46AB/ 2023 di sini hari ini.

    Menurut Malek Razak, perbezaan latar belakang, budaya serta bahasa tidak menjadi halangan kepada 76 pegawai dan 766 anggota lain-lain pangkat TDM serta TNI-AD bekerjasama menjayakan eksesais yang bermula pada 23 Oktober lepas. – Bernama

    Para Pegawai dan Anggota Tentera dari Malaysia dan Indonesia yang terlibat pada Eksesais Kekar Malindo Siri 46AB/ 2023 yang berlangsung selama seminggu pada majlis penutup di Felda Umas, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...