Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Eksesais Maju Bersama labuh tirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Eksesais Maju Bersama Siri 26/2023 yang melibatkan anggota dari Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dan First Battalion Singapore Infantry Regiment (1SIR) dari 20 hingga 25 Januari telah berakhir pada upacara penutup yang diadakan di kompleks Fighting in Built-Up Areas, Penanjong Garison.

    Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat adalah Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman dan Chief of Army, Singapore Army, Mejar Jeneral David Neo, yang secara rasmi menutup eksesais tersebut.

    Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Pemangku Pemerintah Medan TDDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota dan wakil-wakil dari Tentera Darat Singapura dan TDDB.

    Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, penyerahan balik bendera kepada 1SIR dan diakhiri dengan ucapan penutup daripada Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam dan Mejar Jeneral David Neo.

    Pemerintah TDDB dalam ucapan menekankan bahawa Eksesais Maju Bersama telah menyediakan landasan kepada kedua-dua tentera darat untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran di dalam pelaksanaan taktik, teknik dan prosedur terutamanya operasi hutan, sungai dan bandar.

    Dengan sendirinya, usaha tersebut telah meningkatkan kemahiran dan profesionalisme di antara anggota kedua-dua tentera darat untuk manfaat bersama.

    Eksesais itu bertujuan meningkatkan kesalingoperasian, berkongsi kepakaran dalam perancangan dan peperangan bandar serta mengukuhkan hubungan dua hala antara tentera darat kedua-dua negara.

    Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam dan Mejar Jeneral David Neo bertukar cenderahati pada majlis yang diadakan di kompleks Fighting in Built-Up Areas, Penanjong Garison. – GAMBAR SERAHAN TDDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...