Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksklusif sungkai jimat 30% pemegang kad Baiduri

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bulan Ramadan merupakan masa yang sesuai untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan berbuka puasa bersama-sama.

    Sehubungan itu, Bank Baiduri telah bekerjasama dengan beberapa buah restoran terkenal bagi memberi keistimewaan kepada para pemegang kad Baiduri dengan promosi potongan 30 peratus jika mereka menggunakan kad mereka untuk berbuka puasa di restoran-restoran yang menyertai promosi sungkai berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, potongan atau diskaun 30 peratus itu adalah bagi pembayaran menggunakan mana-mana kad kredit, debit atau pra bayar Baiduri di restoran-restoran seperti Capers Cafe & Restaurant, Charcoal BBQ & Grill, Grand Bufet di KB Sentral, Ice Bar Cafe & Restaurant, I-Lotus, Restoran Kimchi, Mega Bufet di Hotel Parkview, Pondok Sari Wangi, Seoul Graden dan Tarindak D’Polo.

    Promosi itu juga menawarkan fleksibiliti di mana pemegang kad boleh menikmati hidangan bufet atau ala carte di mana diskaun itu adalah untuk jumlah bil keseluruhan tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

    Pemilik kad yang ingin menikmati promosi berkenaan adalah digalakkan untuk membuat tempahan awal di restoran-restoran yang menyertai promosi berkenaan bagi mengelakkan sebarang kehampaan.

    Kenyataan itu menambah bahawa bagi kad debit atau kredit Baiduri Visa payWave yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri boleh menikmati Promosi Ramadan ‘1 untuk 1’ setiap Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 8 malam hingga akhir bulan Ramadan.

    Dengan Promosi Ramadan ‘1 untuk 1’, ahli kad kredit atau debit Baiduri Visa payWave yang membeli satu minuman di kafe-kafe yang terpilih akan menerima satu minuman percuma. Kafe-kafe yang terpilih ialah Coffee Bean & Tea Leaf, Gloria Jeans, It’s A Grind Coffeehouse dan Starbucks Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda