BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Sempena Sambutan Hari Polis ke-96 tahun 2017, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) akan mengadakan Ekspedisi Berbasikal bermula dari Ibu Pejabat PDB pada 30 April ini.
Dijangka hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam yang juga akan ikut serta dalam ekspedisi berbasikal tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai ekspedisi berkenaan yang akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu sejauh 96km dan 25km yang akan bermula dan berakhir di Ibu Pejabat PDBrunei, Gadong.