Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspedisi BIMMERT lawat Temburong

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BIMMERT

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Persatuan Generasi Bimmer (BIMMERT) telah mengadakan ekspedisi lawatan dengan konsep konvoi ke Daerah Temburong, hari ini.

    Dalam lawatan tersebut, rombongan BIMMERT pada awalnya telah berkumpul di Jalan Masjid Omar Ali Saifuddien di ibu negara bagi mendengarkan taklimat keselamatan sebelum memulakan ekspedisi berkenaan.

    Sebaik saja sampai di Daerah Temburong, rombongan tersebut terus menuju ke Karangan Batang Duri seterusnya ke Balai Raya Kampung Senukoh untuk menyaksikan demonstrasi pembuatan mi.

    Semasa lawatan itu, rombongan BIMMERT juga berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan daripada ahli Lunbawang dan dijamu dengan hidangan tradisional tempatan sebelum meneruskan lawatan ke ladang padi dan mengakhiri lawatan berkenaan dengan menunaikan solat Fardu Zuhur di Masjid Kampung Labu Estet sebelum kembali ke Brunei.

    Sesi bergambar ramai Persatuan BIMMERT semasa lawatan ke Daerah Temburong.
    Persembahan kebudayaan daripada ahli Lunbawang.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda