Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Ekspedisi erat silaturahim

Oleh Salawati Haji Yahya –

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Majlis Makan Malam dan Penyampaian Sijil serta Plak Kenangan Kalimantan Overland Expedition 2023, berlangsung kelmarin di Hotel Al-Afiah, Kiulap.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta ekspedisi itu, Haji Awang Ibrahim bin Haji Awang Damit daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei (BFWDA).

Turut hadir di majlis itu, Presiden BFWDA, Haji Suhaimei bin Haji Besar serta beberapa ahli jawatankuasa (AJK) BFWDA, ketua kumpulan ekspedisi iaitu Awang Abdul Hirwandy bin Hassem dan Pengerusi Kalimantan Overland, Awang Azrin bin Haji Kudong.

Antara lain tujuan majlis itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada peserta ekspedisi di atas menjayakan program.

Semasa ekspedisi tersebut, peserta telah berpeluang mengadakan kunjungan muhibah dan menyampaikan derma kepada Sekolah Tahfiz Sambas, Indonesia, selain mengeratkan hubungan silaturahim bersama Serian 4X4 Malaysia, Jeep Community Sambas dan KALBAR IOF, Indonesia.

Dengan adanya ekspedisi itu juga, ianya dapat menimba pengalaman baharu di kalangan peserta dalam pemanduan overland hingga ke Kalimantan Barat dan dapat memupuk semangat perjuangan dan semangat berpasukan sepanjang ekspedisi tersebut.

Ekspedisi itu juga dapat memperlihatkan kepada generasi baharu bagaimana kehidupan masyarakat di Pulau Borneo.

Gambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN HAJI MOHD AZMAN
Penyerahan derma kepada Sekolah Tahfiz Sambas. – GAMBAR SERAHAN HAJI MOHD AZMAN
Rombongan terdiri daripada keluarga peserta ekspedisi berkesempatan bergambar ramai bersama penuntut tahfiz Sambas. – GAMBAR SERAHAN HAJI MOHD AZMAN

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda