Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspedisi kayak Persatuan CARE

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Seramai 24 ahli Persatuan C.A.R.E Brunei Darussalam telah berjaya menamatkan kayuhan dalam Ekspedisi Kayak mengelilingi Pulau Labuan sejauh 50 kilometer yang buat julung kalinya diadakan pada 16 dan 17 Februari lalu.

    Ekspedisi tersebut turut melibatkan pendayung Labuan dari Persatuan Kanu Labuan dan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan jumlah keseluruhan seramai 54 orang.

    Antara lain tujuan ekspedisi berkenaan adalah untuk menarik belia Brunei dan Malaysia untuk melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti luar seperti sukan kayak seterusnya mengeratkan silaturahim di antara kedua-dua buah negara.

    Gambar beramai ahli Persatuan C.A.R.E Brunei Darussalam setelah berjaya menamatkan Ekspedisi Kayak mengelilingi Pulau Labuan.

    Selain itu, ia juga adalah sebagai salah satu latihan bagi Perlawanan LISC (Labuan International Sea Challenge) yang akan berlangsung pada April depan.

    Ekspedisi berkenaan merupakan anjuran Persatuan C.A.R.E Brunei Darusssalam dengan kerjasama Persatuan Kanu Labuan dengan disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan WP Labuan dan Perbadanan Labuan serta agensi-agensi yang terlibat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda