Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspedisi mendaki semarak sambutan HK-41

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TEMBURONG, 28 FEB – Bagi memeriahkan lagi Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, Jabatan Daerah Temburong telah mengungkayahkan aktiviti sukan dan riadah menerusi Ekspedisi Pendakian Bukit Patoi sempena Semarak Hari Kebangsaan ke-41 (HK-41), Tahun 2025, di Bukit Patoi, Mukim Labu, Temburong, kelmarin.

    Turut menyertai ekspedisi pendakian tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Hassan Baha bin Haji Umar; Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Dayang Nur Adlina binti Haji Azman; ketua-ketua cawangan jabatan-jabatan kerajaan; pemangku penghulu-penghulu mukim; ketua-ketua kampung; pemangku ketua-ketua kampung; dan jemputan khas.

    Atur cara ekspedisi termasuk bacaan Surah Al-Fatihah dan doa, senaman ringan, taklimat keselamatan pendakian dari Jabatan Perhutanan Temburong, ekspedisi pendakian dan upacara menaikkan bendera di kawasan puncak Bukit Patoi.

    Acara seumpama itu diharapkan dapat menyuntik semangat patriotik dan menyemai semangat cintakan tanah air melalui aktiviti kesukanan dan kenegaraan di samping mengekalkan cara hidup sihat.

    Senaman ringan dilakukan sebelum memulakan ekspedisi pendakian. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TEMBURONG
    Aktiviti sukan dan riadah menerusi Ekspedisi Pendakian Bukit Patoi di Bukit Patoi, Mukim Labu, Temburong. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TEMBURONG
    Gambar ramai peserta di kawasan puncak Bukit Patoi. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TEMBURONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda