Monday, December 23, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksperimen daun teh baharu Kenya

    NYERI – Di sebuah kilang di tanah tinggi Kenya, daun teh dipetik dengan menggunakan tangan, dibersihkan dan dicincang menjadi serbuk halus kemudian akan dijadikan minuman yang diminum dari London ke Lahore untuk beberapa generasi.

    Akan tetapi teh hitam Kenya ini tidak memberikan rangsangan hebat terhadap harganya sehingga memaksa pembekal utama paling terkenal di dunia untuk mencuba sesuatu yang baharu. Di kawasan berbukit Nyeri, pekerja kilang sedang melakukan eksperimen dengan pelbagai teh, membuat kelainan daripada tradisi biasa selama bertahun-tahun untuk mencari pelanggan baharu dan kemapanan terhadap harga teh yang tidak stabil.

    Sebahagian besar pengeluar Kenya, mereka telah menghasilkan satu cara selama beberapa dekad – kaedah menghancurkan, mengoyakkan dan memusingnya (CTC), menjadikan daun menjadi ultra-halus sesuai untuk beg teh di seluruh dunia.

    Walau bagaimanapun, proses CTC yang kemudiannya memasukkan serbuk teh ke dalam guni besar, mesin beroda besar dengan perlahan akan mengangkat guni tersebut sambil diawasi oleh pekerja. Kesemua pekerja dilatih dan ia seakan satu seni iaitu seni yang dikenali sebagai pengeluaran teh ortodoks.

    Hasilnya – keseluruhan daun, dengan perlahan akan diproses dengan pelbagai – masih dibuat di Gitugi, sebuah kilang di kaki bukit Aberdare yang telah menguji keberkesanan teh ini sejak bulan Jun lalu.

    Cuppa merupakan salah satu tonggak utama ekonomi, satu dari 10 penduduk Kenya bergantung kepada industri teh. – AFP
    Kaedah menghancurkan, mengoyakkan dan memusingnya (CTC), menjadikan daun menjadi ultra-halus sesuai untuk bag teh di seluruh dunia. – AFP

    Ia telah bertukar menjadi ortodox, dan perubahan kebudayaan untuk pekerja dan petani, kata Antony Naftali, pengurus operasi di Gitugi, Nyeri iaitu kira-kira 85 kilometer di utara Nairobi.

    Namun risiko itu adalah perlu, harga untuk CTC yang mantap boleh mencecah kepada 21 peratus pada tahun 2018-2019 berbanding tahun sebelumnya, menekankan betapa pentingnya proses mempelbagaikan dan mengekstrak lebih banyak daun daripada pokok teh.

    “Kami telah banyak bergantung kepada CTC tradisional. Akan tetapi harga telah menurun. Kami mahu mengurangkan tekanan. Namun kami juga perlu untuk meneroka pasaran baharu ini,” kata Naftali kepada media AFP.

    Gangguan pasaran

    Walaupun harga telah semakin pulih, namun naik turun harga itu masih dapat dirasakan khususnya di Kenya, pengeksport terbesar di dunia CTC. Teh adalah minuman sehari di Kenya, walaupun, tidak seperti negara-negara pengeluar utama yang lain, Kenya hanya menggunakan sedikit berbanding eksportnya.

    Cuppa merupakan salah satu tonggak utama ekonomi, satu dari 10 penduduk Kenya bergantung kepada industri teh, menurut Agensi Pembangunan Teh Kenya (KTDA) yang mewakili 650,000 petani pekebun kecil dengan menjual dan memasarkan teh-teh mereka.

    Penduduk miskin telah mencetuskan protes baru-baru ini di ladang dan syarikat teh telah mendaftar satu kerugian. Sebahagian daripada masalah itu adalah berikutan bekalan yang berlebihan. Harga yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendorong pelabur dalam penanaman teh, sehingga memberikan Kenya keuntungan yang baik pada tahun 2018 – 493 juta kilo (1,086 pound).

    Akan tetapi Kenya juga telah lama bergantung kepada pembeli yang tertentu, menghantar sekitar 70 peratus teh kepada empat pasaran. Tiga pelanggan utama – Pakistan, Mesir dan Britain. – namun telah menyaksikan kelemahan mata wang mereka pada masa-masa lalu, menjadikan import teh menjadi mahal.

    Pembeli besar yang lain – Iran, Sudan dan Yemen, ketua di antara mereka – berdepan kesukaran untuk membuat pembayaran. “Pasaran utama kami adalah dalam kegawatan,” kata Lerionka Tiampati, Ketua Eksekutif KTDA kepada AFP. “Apabila anda tidak dapat mengawal harga, maka tidak banyak yang anda boleh lakukan, tetapi apa yang kami lakukan ialah untuk kami mencuba mempelbagaikan produk,” jelasnya lagi.

    ‘Membaca’ daun

    Produksi Ortodoks membuka pintu ke pasaran di mana seluruh daun, teh ataupun sumber daripada produk itu telah diberikan ganjaran dengan harga yang lebih tinggi, kata Grace Mogambi, Pengurus Produk Khusus KTDA, yang telah mengembara ke seluruh dunia bagi mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelanggan.

    Mogambi meneliti sampel dalam bilik ‘cupping’ di Gitugi sambil mencuba kualiti yang dikehendaki oleh penggemar teh yang cerewet dan pelbagai seperti Rusia menggemari daun teh, Jerman dengan ‘Prize Tips’, Saudi menyukai yang hitam dan Sri lanka tidak menyukai ‘stalks’.

    “Selera pelanggan sentiasa berubah. Mereka yang menggemari teh akan sedar terhadap jenis teh yang mereka suka,” kata Mogambi, berpakaian putih sebelum memerah teh dan mengeluarkannya ke dalam spittoon. “Jika saya menghabiskan lebih banyak wang dengan hanya secawan teh, saya lebih suka menunjukkan ciri-ciri (characteristics) untuk dimasukkan ke dalam teh tersebut,” tambahnya.

    Tetapi garis keistimewaan hanya mewakili sebahagian kecil daripada eksport Kenya dan pengkritik mengatakan bahawa KTDA – hanya menyumbang sekitar 60 peratus daripada pengeluaran teh negara – terlalu perlahan untuk menyesuaikan diri.

    Lembaga telah memutuskan pada tahun 2000 untuk melancarkan rangkaian ortodoks akan tetapi menjelang akhir tahun 2019, hanya 11 daripada 69 kilangnya dijangka akan menghasilkan teh berbanding CTC.

    Seperti Kangaita, sebuah kilang di bahagian selatan Gunung Kenya, telah mengusahakan teh ungu – teh istimewa yang unik di rantau berkenaan. Variasi kraf termasuk premium putih, pakej loose leaf yang dibungkus dengan beg teh yang mewah.

    Lazimnya, teh ini digemari oleh belia, pasaran semakin meningkat sehingga ia menuntut sesuatu yang lain daripada teh hitam. “Penggemar teh pasti mencari sesuatu yang lain, manfaat untuk kesihatan,” kata Gideon Mugo, Pengerusi Persatuan Perdagangan Teh Afrika Timur.

    Jenama utama di luar KTDA telah menyasarkan segmen belia. Kericho Gold menghasilkan ‘attitude teas’ yang dibungkus dengan beg teh berwarna terang, termasuk satu untuk cinta dan yang lain dipasarkan sebagai ubat penawar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda