Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Eksperimen sekolah bermula subuh cetus bantahan

KUPANG, INDONESIA, 15 MAC – Setiap pagi di sebuah bandar di timur Indonesia, remaja yang mengantuk boleh dilihat berjalan seperti zombi di jalanan dalam perjalanan ke sekolah.

Ia bukan adegan daripada beberapa filem sains fiksyen murahan tetapi eksperimen kontroversial untuk memulakan hari yang lebih awal bagi remaja yang kurang tidur.

Projek rintis di Kupang, ibu kota wilayah Nusa Tenggara Timur itu, menyaksikan pelajar gred 12 di 10 buah sekolah menengah memulakan kelas pada pukul 5:30 pagi.

Pihak berkuasa berkata skim itu, diumumkan bulan lalu oleh gabenor Viktor Laiskodat, bertujuan untuk mengukuhkan disiplin kanak-kanak.

Bagaimanapun, menurut ibu bapa, anak-anak mereka penat apabila mereka pulang ke rumah. Sekolah-sekolah di Indonesia biasanya bermula antara 7 dan 8 pagi.

Remaja yang berpakaian seragam sekolah kini berjalan di jalan-jalan yang gelap atau menunggu teksi motosikal untuk ke sekolah tepat pada masanya.

“Ia amat sukar, mereka kini terpaksa meninggalkan rumah ketika masih gelap. Saya tidak boleh terima ini… keselamatan mereka tidak terjamin ketika gelap dan sunyi,” Rambu Ata, ibu kepada anak berusia 16 tahun, memberitahu AFP.

Anak perempuannya, Eureka kini perlu bangun pukul 4 pagi untuk bersiap dan menunggang motosikal ke sekolah.

“Kini setiap kali dia sampai di rumah, dia keletihan dan tertidur serta-merta kerana mengantuk,” kata Ata. – AFP

Gambar yang diambil pada 6 Mac lalu menunjukkan pelajar-pelajar tiba di sekolah pada awal pagi di Kupang. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -