Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ekspo ASEAN M&E dijangka jana jualan RM100 juta

    KUALA LUMPUR, 7 NOV – Ekspo dwitahunan ASEAN M&E iaitu pameran perdagangan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan tenaga terulung Asia Tenggara, dijangka menjana jualan sekurang-kurangnya RM100 juta pada edisi ke-11nya yang bermula hari ini.

    Pengurus Besar Negara Informa Markets Malaysia, Gerard Leeuwenburgh berkata pameran yang berlangsung tiga hari itu menarik 150 syarikat dari 11 negara, dengan empat pavilion utama antarabangsa dari Singapura, India, China dan Turkiye dan bersedia menerima 11,000 pengunjung dari 60 negara.

    “Pameran tiga hari itu akan mempamerkan teknologi generasi akan datang, termasuk Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk Tenaga, kenderaan elektrik (EV) dan penyelesaian kecekapan tenaga terkini melalui automasi bangunan pintar, sistem penyejukan berpusat dan produk-produk berkaitan seperti stesen pengecasan.

    “Ekspo ini bertujuan untuk meningkatkan lagi cita-cita peralihan tenaga di rantau ini. Kami melihat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pempamer dan pengunjung di pameran ini yang kembali ke tahap prapandemik dan percaya ia akan membantu mendapatkan perniagaan yang lebih baik kepada semua (pempamer) di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...