Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo dedah teknologi pertanian moden kepada petani kecil

    KOTA SAMARAHAN, 18 JULAI – Penganjuran ekspo pertanian mampu membuka ruang dan pendedahan kepada petani kecil terhadap teknologi pertanian moden serta latihan pemprosesan untuk memperkasakan sektor itu di Sarawak. 
     
    Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata menerusi pelbagai platform digital, ia juga dapat memperkukuh keterjaminan dan rangkaian makanan di negeri ini. 
     
    ‘Menerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), kita harap dapat mendidik petani kita untuk menggunakan platform digital bagi mempromosi dan memasarkan hasil pertanian dan ternakan. Penggunaan teknologi moden juga membantu memudahkan aktiviti pertanian.
     
    “Justeru, kita berharap lebih banyak ekspo pertanian dianjurkan pada masa hadapan bukan sahaja untuk memasarkan produk segar dan hasil ternakan, tetapi juga bagi petani terlibat menjalin kerjasama dengan pemain industri seperti bank, syarikat import atau eksport hasil pertanian dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Mini Pertanian Pertubuhan Peladang di Kota Samarahan hari ini. – Bernama
     
    Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom semasa majlis perasmian Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak Mini Expo (PPNS) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda