Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo IE September ini

    SHANGHAI, 31 Julai – Ekspo IE Guangzhou 2018, sebuah anggota IFAT global dan pameran sampingan bagi ekspo IE China, bakal diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport China (Kompleks Pameran Canton) di Guangzhou, China pada 18 hingga 20 September 2018.

    Sebagai pameran alam sekitar yang terbesar di China Selatan, ekspo IE Guangzhou 2018 akan terus dipertingkatkan dari segi skala pameran dan perkhidmatan. Lebih 500 perusahaan dan 30,000 pelawat profesional dijangka berkumpul di ruang pameran seluas 35,000m2, di mana satu rantaian penuh peserta pameran akan mempamerkan lebih banyak teknologi berinovatif dan penyelesaian alam sekitar yang mampan.

    Tahun ini semasa pameran itu, Persidangan Teknologi Inovasi Persekitaran Eko China Selatan akan diadakan untuk mengumpulkan lebih ramai profesional industri dan menyediakan lebih banyak peluang bagi industri alam sekitar. Dengan memberi tumpuan kepada persekitaran ekologi dan industri perlindungan alam sekitar di China Selatan, persidangan itu akan mengundang pemimpin-pemimpin kerajaan, wakil persatuan-persatuan alam sekitar, pakar-pakar alam sekitar, dan pemimpin-pemimpin perusahaan di dalam dan di luar negara, dan mengadakan lebih daripada 20 forum yang berkualiti tinggi untuk mewujudkan suatu perayaan bagi kelompok alam sekitar.

    Ekspo IE Guangzhou ini mewarisi kualiti rancangan induk IFAT mereka, pelopor dunia bagi pameran alam sekitar di Jerman, dan pengalaman tempatan bagi ekspo IE China yang telah berlangsung selama 19 tahun. Di samping itu, ia disokong sepenuhnya oleh Persatuan Guangdong bagi Industri Perlindungan Alam Sekitar, yang telah memberikan impak yang besar di China Selatan sejak tiga dekad yang lalu.

    Sementara itu, ia juga merupakan pameran alam sekitar terbesar di China Selatan, ia meliputi 5 bidang, iaitu rawatan air dan kumbahan, pengurusan sisa, kawalan pencemaran udara, pemulihan tanah dan pemantauan alam sekitar.

    Antara lain juga, acara ini adalah platform yang ideal untuk mempelajari trend industri, dasar-dasar alam sekitar dan teknologi perbatasan, di mana lebih 20 forum alam sekitar akan diadakan dan Ini adalah tempat perhimpunan bagi perusahaan terkemuka di dunia di dalam industri di mana peluang perniagaan menanti anda.

    Tambahan lagi, ia juga menarik pembeli profesional dari pelbagai sektor termasuk jabatan kerajaan, institusi penyelidikan, syarikat kejuruteraan, penjagaan kesihatan dan syarikat farmaseutikal, makanan dan minuman, petroleum, pembuatan kertas, tekstil serta menyediakan publisiti media bagi peserta pameran melalui pelbagai saluran, termasuk hampir 100 saluran media, laman web rasmi mereka, media baharu dan promosi di tapak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda