Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 dibuka di Shanghai

    SHANGHAI, 5 NOV – Edisi terbaharu Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), ekspo peringkat kebangsaan pertama di dunia yang didedikasikan untuk import, dibuka hari ini di Shanghai.

    Perdana Menteri China, Li Qiang menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian CIIE ke-7 dan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao.

    China terus mengotakan kata-katanya dalam memperluaskan keterbukaan, kata Li, sambil menambah bahawa tahap tarif keseluruhan China telah dikurangkan kepada 7.3 peratus, melebihi sasaran awalnya sebanyak 9.8 peratus.

    Li berkata negara itu telah melaksanakan sepenuhnya semua langkah keterbukaan yang diumumkan pada enam edisi CIIE sebelumnya, termasuk memansuhkan semua item dalam senarai negatif nasional untuk pelaburan asing dalam sektor pembuatan.

    Beliau berkata China bersedia untuk membuka pasaran besarnya dengan lebih luas dan akan terus memperluaskan akses pasaran ke sektor-sektor secara teratur, termasuk telekomunikasi, Internet, pendidikan, budaya dan penjagaan kesihatan.

    Asas ekonomi China yang kukuh kekal tidak berubah dan negara itu mampu mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang sihat dan stabil, kata Li, sambil menambah bahawa China yakin dapat mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan sosial tahun ini serta perkembangan ekonomi masa depannya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda