Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo Import Antarabangsa China ke-8 dirasmikan

    SHANGHAI, 5 NOV – Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ke-8 dirasmikan, hari ini.

    CIIE edisi ini akan menawarkan ruang pameran berskala ultra besar iaitu seluas lebih 430,000 meter persegi, sekali gus mencipta rekod baharu.

    Dalam pada itu, sebanyak 4,108 perusahaan dari 155 buah negara akan menyertai pameran ini.

    Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nigeria, Georgia, Sweden dan Colombia menjadi negara tetamu kehormat.

    CIIE kali ini terus mendirikan enam zon pameran utama iaitu peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan, kenderaan dan pengangkutan pintar, peralatan teknologi, barangan pengguna, produk pertanian dan makanan, serta perdagangan perkhidmatan.

    Selain itu, zon inkubasi inovasi turut dibina untuk mempamerkan produk dan teknologi berkaitan.

    China kini menjadi pasaran pengguna dan import kedua terbesar di dunia.

    Data terbaharu menunjukkan bahawa dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah import China mencatat 13.66 trilion yuan (RM8.04 trilion). – Bernama

    Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (Shanghai) dihiasi menjelang Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) kelapan pada 1 November di Shanghai, China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda