Wednesday, December 18, 2024
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo import China ketengahkan peluang dalam pasaran

    KAHERAH, 7 NOV – Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 ialah ‘idea di luar kotak’ yang menawarkan syarikat akses kepada kedua-dua pasaran China dan negara lain yang turut serta, kata seorang pemimpin perniagaan.

    Agensi berita Xinhua melaporkan Ketua Persatuan Ahli Perniagaan Mesir, Mohamed Youssef berkata ‘inisiatif itu unik dan telah mula mencapai hasil yang kukuh sejak enam tahun lalu.’

    Data menunjukkan bahawa pada 2022, CIIE kelima menyaksikan perjanjian awal bernilai AS$73.5 bilion untuk pembelian barangan dan perkhidmatan selama setahun, yang menurut Youssef, dicapai semasa ‘dunia sedang pulih daripada krisis ekonomi akibat COVID-19.’

    Menurut Youssef, di sebalik pandemik dan ketegangan serantau serta antarabangsa, kejayaan China dalam memuktamadkan perjanjian perniagaan besar semasa CIIE 2022 adalah ‘pencapaian yang sangat hebat.’

    Beliau berkata China, ekonomi kedua terbesar di dunia, memainkan peranan penting dalam mengimbangi kuasa ekonomi global. Youssef menekankan bahawa melalui CIIE dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), China berhasrat untuk mewujudkan perkongsian menang-menang dengan negara membangun dan membantu mereka memanfaatkan

    sumber mereka dengan sebaiknya untuk mencapai pembangunan dan pertumbuhan.

    Ketua komuniti perniagaan Mesir itu menekankan negara-negara Afrika, yang kaya sumber manusia dan semula jadi, boleh mendapat manfaat daripada perkongsian kukuh dengan negara-negara yang mempunyai kekuatan ekonomi dan bersedia untuk memacu pembangunan dalam masyarakat ini. – Bernama

    Jinbao, maskot Ekspo CIIE dan Xiaoxin, robot manusia yang menyediakan perkhidmatan pertanyaan di pusat media ke-7 CIIE di Shanghai pada 4 November. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda