Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ekspo ketengah sektor TTI

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Brunei akan me-nganjurkan Ekspo Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B) yang digelar Ekspo B2B BIMP-EAGA 2023 Brunei Darussalam, acara yang diperakui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Acara itu diadakan sebagai susulan kepada Sidang Kemuncak Pemimpin Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Filipina (BIMP-EAGA) ke-14 yang diadakan pada Oktober 2021 yang telah mengesyorkan sektor swasta untuk mengetuai pemulihan pasca pandemik dalam perdagangan, pelancongan dan pelaburan (TTI).

    Dijadualkan diadakan pada 28 April hingga 2 Mei depan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, acara itu dijangka akan menampilkan 300 gerai yang terdiri daripada perniagaan dan usahawan dari dalam BIMP-EAGA dan rakan kongsinya seperti China, Korea, Jepun dan Australia.

    Ekspo B2B itu turut menarik negara seperti Iran, Bangladesh, Timor-Leste dan India untuk menyertainya.

    Ekspo yang julung kali diadakan itu berhasrat untuk menonjolkan kepentingan TTI dalam mengukuhkan ekonomi rantau ini semasa era pasca COVID, dengan menyediakan platform untuk mencetuskan kerjasama perniagaan dan memupuk peluang perdagangan antara negara yang mengambil bahagian.

    Ia juga selaras dengan tujuan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) pada Mac 2022 dalam mewujudkan koridor ekonomi baharu yang dikenali sebagai Koridor Ekonomi Barat Laut dalam kalangan rakan kongsi EAGA yang terdiri daripada Brunei, Sabah, Labuan, Palawan dan Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao (BARMM), dalam mempromosikan TTI.

    Antara aktiviti yang diatur untuk ekspo itu termasuk persidangan, forum dan sesi padanan perniagaan. Beberapa tokoh terkemuka dari rantau ini juga dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis tersebut.

    Ekspo lima hari itu akan mengetengahkan profil EAGA dalam lima tonggak strategik yang termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kesalinghubungan, bakul makanan (makanan dan minuman, perniagaan tani), TTI, alam sekitar serta sosiobudaya dan pendidikan.

    Memandangkan acara Ekspo B2B BEBC diadakan buat kali pertama, vendor-vendor berdaftar yang berpangkalan di Brunei juga akan layak mendapat keahlian percuma dengan majlis tersebut.

    Melalui ahli-ahlinya, BEBC menyasarkan untuk mengumpulkan perniagaan, sumber dan pengalaman untuk membangunkan lagi kluster perniagaan yang ada.

    Vendor-vendor yang berminat boleh mendaftar melalui laman sesawang BEBC Brunei di https://bruneibebc.com/b2b-expo. Tarikh akhir pendaftaran vendor ialah pada 7 April depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...