Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo Keusahawanan Belia dimeriahkan dengan pertandingan mewarna

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Ekspo Keusahawanan Belia 2017 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah telah dimeriahkan lagi dengan pertandingan mewarna.

    Pertandingan yang dibukakan kepada orang ramai secara percuma itu telah pun menarik lebih 20 orang peserta dalam dua kategori.

    Kategori A iaitu bagi peserta berumur empat hingga tujuh tahun telah dijuarai oleh Awang Muhammad Aiman Ashraf Naquddin diikuti oleh Awang Muhamad Bazii Ayatbi bin Mohd Saiful Rizam di tempat kedua dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Awang Nur Muhammad Rahmat bin Salim

    Manakala itu, bagi Kategori B (umur lapan hingga 12 tahun), tempat pertama dimenangi oleh Awang Muhammad Aiman Fitri Waqiuddin bin Mohamad Khirizal, tempat kedua, Dayang Noor Rahmatina Asa binti Salim dan ketiga pula Awang Muhammad Danish bin Maludin.

    Antara peserta cilik yang menyertai pertandingan mewarna itu.

    Pemenang pertama bagi kedua-dua kategori membawa pulang pemain MP4 yang disumbangkan oleh Rey Ayu Eshop manakala itu, hadiah-hadiah lain disumbangkan sendiri oleh penganjur acara, Starbugs Event Management.

    Menurut penganjur, acara berkenaan adalah salah satu aktiviti bagi keluarga di hari minggu dengan objektif untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga.

    Ekspo Keusahawanan Belia 2017 yang akan berakhir esok itu menampilkan pelbagai jualan produk pada harga yang sangat menarik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda