Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo makanan Hong Kong buka peluang

    HONG KONG, 30 Jan – Inisiatif Belt and Road (BRI) menyediakan satu rangka tindakan yang berwawasan bagi ekonomi dunia pada abad ke-21, dengan membawa peluang-peluang baharu untuk menggalakkan kemakmuran dan pembangunan bagi negara-negara dan ekonomi yang baru muncul di sepanjang skim itu.

    Di bawah tema “Mengemudi Industri Makanan Dunia kepada Peluang-peluang Baharu”, Ekspo Makanan Antarabangsa Belt & Road (Hong Kong) (BRIFE 2018) yang pertama akan berlangsung dari 27 Jun hingga 29 Jun 2018 di AsiaWord-Expo, Hong Kong. Ia bertujuan untuk memudahkan perdagangan dan menyediakan satu platform antarabangsa bagi pembeli, penjual dan pembekal perkhidmatan bagi industri makanan untuk berkumpul dan menerokai peluang-peluang.

    Lima buah dewan bagi kepakaran yang berasingan, akan menyediakan satu peluang yang sesuai untuk memperolehi, memadankan perniagaan dan menyediakan penyelesaian perniagaan yang profesional. Penyokong-penyokong utama BRIFE 2018 termasuk: Invest Hong Kong (Kerajaan HKSAR), Meetings & Exhibitions Hong Kong (Satu Bahagian daripada Lembaga Pelancongan Hong Kong) dan Belt & Road Global Development Alliance. Selain daripada pameran perdagangan selama 3 hari, BRIFE 2018 akan juga menjadi tuan rumah kepada acara yang luar biasa: “Makanan Pertanian & Sidang Kemuncak Belt and Road (ATS) yang Pertama” dan “Cabaran Memasak Chef Hebat Belt & Road 2018”.

    ATS pada 27 Jun tahun ini akan menjadi satu acara peringkat tinggi yang diserlahkan dengan pelbagai tetamu terkenal seperti menteri-menteri pertanian dan perdagangan negara-negara, pemimpin-pemimpin perniagaan, duta-duta besar, konsul-konsul besar, pakar-pakar industri, pelabur-pelabur antarabangsa dan pembekal perkhidmatan profesional dan sebagainya sekali gus menyediakan sebuah platform yang kukuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda