Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo Mobiliti Pintar Brunei dilancarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya telah melancark an Ekspo Mobiliti Pintar Brunei 2023 bertempat di Dewan BRIDEX 1 dan 2, hari ini.

    Ekspo yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan pengunjung pengalaman yang menarik dengan produk terkini serta kemajuan teknologi dalam bidang automotif sekali gus memberikan gambaran mendalam tentang mobiliti pintar untuk masa depan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan ekspo berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Turut merasmikan ekspo tersebut ialah Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Penganjuran ekspo ini juga menawarkan komuniti dengan keseronokan dan penerokaan baharu, yang menumpu pada idea ekosistem mobiliti yang lengkap.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary dan Awang Muhammad Norshafiee semasa merasmikan Ekspo Mobiliti Pintar Brunei 2023, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua mencuba produk dan teknologi yang dipamerkan pada ekspo tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang mengunjungi ekspo tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Ia merangkumi penyepaduan pengangkutan mampan, infrastruktur moden, pendigitalan serta pengalaman runcit yang mudah.

    Terdahulu, Awang Muhammad Norshafiee dalam ucapan alu-aluan antara lain menggariskan bahawa ekspo itu berhasrat mewujudkan pameran automotif tahunan yang menawarkan pengalaman langsung kepada pengunjung dengan produk terkini dan teknologi termaju yang membentuk landskap mobiliti mereka.

    “Peserta pameran juga berpeluang mempamerkan produk, teknologi terkini serta beberapa promosi lain,” tambahnya.

    Di samping itu, acara tersebut juga dimeriahkan dengan pengisian aktiviti interaktif seperti perlumbaan sukan bermotor, pengalaman realiti terimbuh (VR) dan karnival permainan luar yang dibukakan kepada pengunjung dengan menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi selain berpeluang memandu uji kereta baharu dari beberapa pengedar kereta yang menyertai ekspo berkenaan.

    Sejurus pelancaran ekspo tersebut, tetamu-tetamu kehormat majlis mengunjungi petak-petak pameran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda