Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kilanas dan Biro Perekonomian MPK Kilanas buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Ekspo Makanan dan Pengguna Antarabangsa 2017 (IFACE) bersekala besar pada penghujung Disember ini.
IFACE yang akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan makanan daripada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa itu akan berlangsung selama empat hari bermula 27 hingga 31 Disember 2017 di Pusat Persidangan BRIDEX, Jerudong.
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Biro Ekonomi, MPK Kilanas, Awang Mohd Hasmawi bin Mohd Ghani pada sidang media di Jabatan Daerah Brunei Muara, Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn