Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo Neutral Karbon Antarabangsa Shanghai buka tirai

    SHANGHAI, 12 JUN – Ekspo Neutral Karbon Antarabangsa Shanghai edisi pertama membuka tirainya di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional, kelmarin.

    Ekspo anjuran Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan kerajaan tempatan bandar raya Shanghai itu akan berlangsung selama empat hari.

    Bertemakan Ke Arah Neutral Karbon, eskpo itu akan mengetengahkan pameran teknologi, produk dan hasil dalam bidang penjimatan tenaga dan karbon rendah, membina platform pertukaran dan kerjasama kepada pelbagai pihak, serta mempopularkan penggunaan teknologi berkaitan neutral karbon, mendorong pembangunan perindustrian baharu dan menyumbang kepada transformasi pembangunan sosioekonomi ke arah karbon rendah.

    Ekspo itu menyediakan ruang pameran seluas 100,000 meter persegi, terdiri daripada pameran tema, siri forum dan perundingan perdagangan.

    Bakal disertai lebih 600 syarikat terkenal dari dalam dan luar negara, ekspo itu dijangka menerima kunjungan lebih 100,000 pengunjung profesional. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda