Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia bermula esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Acara yang dinanti-nantikan khususnya bagi mereka yang ingin untuk melanjutkan pengajian ke Malaysia, Yes2Malaysia Education Expo 2025 akan berlangsung di Mulia Hotel bermula esok, 7 dan 8 Februari dari pukul 3 petang hingga pukul 7 malam.

    Ekspo yang dikendalikan oleh Rexpocentral Malaysia dengan kerjasama MEG Educational Services Brunei dan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam merupakan ekspo pendidikan eksklusif yang menawarkan pada pelajar dan ibu bapa mereka peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil-wakil daripada 24 buah universiti unggul Malaysia.

    Para pengunjung ke ekspo berkenaan akan mendapat konsultasi percuma, bimbangan kerjaya dan kaunseling secara langsung untuk meneroka pelbagai program-program akademik dan peluang-peluang biasiswa yang terdapat di Malaysia.

    Sebagai sebuah acara pengajian tinggi yang unggul, Yes2Malaysia Education Malaysia Expo 2025 bermatlamat untuk menghubungkan para pelajar dengan institusi-institusi bertaraf dunia, memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan masa depan yang lebih cerah.

    Sama ada awda sedang mencari program pensijilan sarjana muda, pascasiswazah atau profesional, ekspo itu akan memberikan pandangan yang berharga untuk membantu membentuk pengajian akademik awda.

    Acara itu adalah dibukakan kepada orang ramai secara percuma di mana para pelajar, ibu bapa serta profesional yang berkhidmat adalah digalakkan untuk hadir dan memanfaatkan peluang hebat berkenaan untuk bertemu dengan wakil-wakil universiti secara bersemuka.

    Maklumat lanjut boleh didapati dengan boleh melayari laman web, https://expo.yes2malaysia.my.

    Peluang meneroka peluang pengajian tinggi di Malaysia bermula esok. – Gambar Unsplash 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda