Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo, Persidangan Global Borneocraft di Kuching, 27 November

    KUCHING, 6 OGOS – Majlis Kraftangan Sarawak (SCC) akan menganjurkan Ekspo dan Persidangan Global BorneoCraft 2024 (BCG2024) bermula 27 November hingga 1 Disember ini di Kuching Waterfront.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ekspo dan persidangan itu menyediakan peluang unik untuk mempamerkan bakat dan kemahiran istimewa negeri kepada dunia.

    “Acara itu berpotensi menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama, menarik pengunjung dari dekat dan jauh yang mahu merasai sendiri kekayaan warisan budaya kita dan menyaksikan kemahiran dan kreativiti artisan kita secara langsung,” katanya pada sidang media hari ini.

    Beliau berkata acara itu bukan sahaja membawa faedah ekonomi kepada Sarawak, iaitu penduduk boleh memanfaatkan platform e-dagang dan strategi pemasaran digital untuk mencapai pasaran global bagi kraf mereka, tetapi juga membantu memupuk penghargaan yang lebih besar kepada penggiat kraf dan tradisi tempatan.

    Sementara itu, menurut kenyataan SCC, antara yang akan diketengahkan pada acara berkenaan termasuk persidangan dan pelbagai bengkel eksklusif untuk peserta, Cabaran MasterCraft dan pameran merangkap pasar terbuka kepada orang awam. – Bernama

    Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bergambar selepas sidang media di Bangunan Baitulmakmur 2, pada 6 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda