Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspo usahawan tampil pengusaha tempatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Dalam usaha untuk menyediakan platform bagi pengusaha kecil dan sederhana tempatan bagi mengetengahkan produk mereka, Ekspo Usahawan 2019 membuka tirainya di Concourse The Mall Gadong, hari ini.

    Ekspo yang dianjurkan buat kali pertama itu, dilancarkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Ajman bin Haji Meludin.

    Ekspo selama lima hari itu bukan sahaja mengetengahkan produk-produk daripada kira-kira 30 orang usahawan tempatan tetapi juga jualan produk-produk Program Rakan Seliaan, Jabatan Penjara.

    Ekspo itu memberikan peluang kepada pengusaha tempatan untuk berniaga dan mempromosikan produk-produk yang mereka usahakan ke peringkat yang lebih baik serta memberikan peluang supaya mereka dapat menjana pendapatan yang lebih.

    Ekspo yang bermula hari ini hingga hujung minggu itu, disertai oleh Bahagian Reintegrasi, Jabatan Penjara di mana produk yang diketengahkan merupakan produk-produk hasil buatan peserta Program Rakan Seliaan dan pada masa yang sama, Jabatan Penjara juga mempromosikan Program Larian Reintegrasi 2020.

    Sepanjang ekspo itu, pelbagai aktiviti telah dirancang termasuk peraduan teka dan menang, kempen mewarna, mari bercerita, eksperimen Nutty Scientist dan Promosi Happy Hour Vendor.

    Awang Ajman ketika merasmikan Ekspo Usahawan 2019 yang berlangsung di The Mall, Gadong.
    Antara produk-produk Program Rakan Seliaan, Jabatan Penjara yang diketengahkan semasa Ekspo Usahawan 2019 yang berlangsung di The Mall, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda