Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport barangan UK ke AS rekod penurunan akibat tarif

    LONDON, 12 JUN – Eksport barangan Britain ke Amerika Syarikat (AS) mencatat penurunan rekod sebanyak £2 bilion (AS$2.7 bilion) pada April, susulan tindakan Presiden Donald Trump mengenakan tarif, menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), hari ini.

    Data tersebut merangkumi tempoh di mana tarif asas sebanyak 10 peratus dikenakan ke atas UK dan beberapa negara lain oleh Trump pada awal April, bersama dengan levi

    khusus sektor ke atas kereta, keluli dan aluminium.

    UK dan AS telah mencapai perjanjian perdagangan baharu yang mengurangkan tarif ke atas kereta British serta menghapuskan tarif terhadap keluli dan aluminium, manakala Britain bersetuju untuk membuka pasaran kepada daging lembu dan hasil pertanian AS yang lain.

    Namun, UK masih tertakluk kepada tarif 10 peratus ke atas kebanyakan barangan yang dieksport ke AS. Data tersebut menunjukkan kejatuhan bulanan terbesar dalam perdagangan dengan AS sejak rekod bermula pada 1997.

    Penurunan dicatatkan “merentas kebanyakan jenis barangan, susulan pengenalan tarif baru-baru ini,” kata Pengarah Statistik Ekonomi ONS, Liz McKeown.

    Eksport mesin dan peralatan pengangkutan, termasuk kereta, mengalami impak ketara pada April, selepas empat bulan peningkatan berturut-turut dalam eksport barangan Britain ke AS. Perdagangan barangan antara UK dan AS kekal seimbang pada tahun 2024, menurut data ONS.

    Britain mengimport barangan AS bernilai £57.1 bilion (AS$77 bilion) tahun lalu dan mengeksport sejumlah £59.3 bilion. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda