Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport buah-buahan Thailand catat peningkatan

    BANGKOK, 1 JUN – Eksport pelbagai jenis buah-buahan Thailand semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan di seluruh dunia.

    Menurut kenyataan Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP) Kementerian Perdagangan, Thailand ialah pengeksport buah-buahan ketujuh terbesar dunia, dengan nilai eksport berjumlah AS$6.2 bilion pada 2021, peningkatan sebanyak 48 peratus, menurut data Global Trade Atlas.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih ramai gemar menikmati buah-buahan dan jus buah-buahan berikutan semakin ramai kini memilih diet lebih sihat, satu trend yang dilihat kian mendapat tempat dalam kalangan penduduk dunia semasa pandemik COVID.

    “Buah-buahan segar mewakili bahagian terbesar eksport buah-buahan Thailand, dengan Asia menjadi pasaran utama. Negara ini juga mengeksport buah-buahan dalam tin ke seluruh dunia, buah-buahan beku, ais krim, buah-buahan kering, dan minuman, seperti nanas, mangga, jambu batu dan jus serta air kelapa.

    “Pasaran di Amerika Syarikat dan negara Eropah telah menyaksikan permintaan lebih tinggi untuk jus buah-buahan organik, selain jus yang rendah gula dan kalori, atau tambahan bahan-bahan menyihatkan termasuk vitamin dan probiotik,” menurut DITP.

    Sementara itu, Pengarah Urusan P.K. Siam Co., Ltd., Pimjai Matsumoto, berkata syarikatnya telah menawarkan pelbagai jenis buah-buahan kepada pengguna di Jepun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda