Sunday, February 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport China merosot 12.4%

    BEIJING, 8 OGOS – China pada bulan lalu mengalami penurunan eksport terbesar selama lebih tiga tahun, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini, ketika ekonomi kedua terbesar dunia itu terjejas akibat permintaan global yang lemah dan kelembapan domestik.

    Data itu mungkin akan meningkatkan seruan untuk pemimpin melakukan lebih banyak lagi dan mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, setelah membentangkan beberapa langkah dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang memfokuskan kepada pengguna dan sektor hartanah yang bermasalah.

    Jualan produk China ke pasaran asing merosot 14.5 peratus pada tahun lalu. Ia adalah penurunan ketiga berturut-turut, menurut pihak berkuasa kastam.

    Penurunan itu lebih besar berbanding jangkaan dan paling teruk sejak merosot sebanyak 17.2 peratus pada Januari-Februari 2020, apabila ekonomi meleset pada minggu-minggu awal pandemik COVID.

    Di samping pemulihan sementara pada bulan Mac dan April, kadar eksport juga mengalami penurunan berterusan sejak bulan Oktober lalu.

    Ancaman kemelesetan di Amerika Syarikat dan Eropah, digabungkan dengan inflasi yang tinggi, telah menyumbang kepada kelemahan permintaan antarabangsa untuk produk China dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Pada bulan Jun, kadar eksport merosot sebanyak 12.4 peratus berdasarkan perbandingan tahunan. – AFP

    Gambar udara yang diambil pada 1 Jun lalu menunjukkan deretan kereta yang akan dieksport di pelabuhan Yantai, di wilayah Shandong timur China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda