Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport, import Sept China meningkat

    BEIJING, 13 Okt – Eksport dan import China meningkat pada bulan September, data pegawai menunjukkan hari ini, memberikan Presiden Xi Jinping rangsangan ketika ia bersiap sedia untuk menerima jawatan kedua sebagai ketua Parti Komunis bulan ini. Angka kastam menunjukkan eksport meningkat 8.1 peratus dan import meningkat 18.7 peratus pada bulan September.

    Ia membandingkan kenaikan eksport sebanyak 5.5 peratus dan melonjak 13.3 peratus dalam import yang dilihat pada bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, tatkala import ramalan tidak menyamai kaji selidik Bloomberg News, eksport menunjukkan sedikit penurunan.

    Lebihan dagangan September mencecah AS$28.5 bilion, berbanding AS$47 bilion pada bulan Ogos.

    Ini adalah berita ekonomi positif terbaru untuk China selepas Dana Monetari Antarabangsa mengeluarkan laporan minggu ini meningkatkan ramalan pertumbuhan negara bagi 2017 dan 2018 kepada 6.8 peratus dan 6.5 peratus. – Xinhua

    Kontena barangan eksport dan import di salah sebuah pelabuhan di China. Eksport dan import China meningkat pada bulan September, data pegawai menunjukkan kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda