Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport lada Vietnam capai AS$1.39 bilion dalam tempoh 10 bulan

    HANOI, 10 NOV – Vietnam mengeksport lebih 206,400 tan lada bernilai AS$1.39 bilion dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, lapor agensi berita Vietnam hari ini serta Persatuan Lada dan Rempah Vietnam.

    Walaupun terdapat penurunan 5.9 peratus tahun ke tahun dalam jumlah eksport sepanjang tempoh itu, nilai eksport meningkat 25.4 peratus, menurut laporan itu.

    Harga purata mencecah AS$6,628 setiap tan untuk lada hitam dan AS$8,683 setiap tan untuk lada putih, meningkat 36.6 peratus dan 34.4 peratus masing-masing, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

    Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran terbesar bagi lada Vietnam dengan 44,262 tan, diikuti Emiriah Arab Bersatu dan China. – Bernama

    Lada merah yang dijual di Vietnam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda