Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport mi segera Korea Selatan catat rekod baharu

    SEOUL, 1 NOV – Eksport produk mi segera Korea Selatan mencapai rekod baharu sehingga Oktober, didorong oleh populariti kandungan hiburan Korea di peringkat antarabangsa, lapor agensi berita Yonhap.

    Eksport produk mi segera melonjak 30 peratus tahun-ke-tahun bagi tempoh Januari-Oktober, mencecah AS$1.02 bilion, menurut data yang dikumpul oleh Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.

    Jumlah bagi tempoh 10 bulan itu sudah melebihi rekod tahunan AS$952 juta bagi 2023.

    Mengikut destinasi, eksport ke China meningkat 18.6 peratus tahun-ke-tahun dalam 10 bulan pertama 2024 kepada AS$206.8 juta.

    Penghantaran ke Amerika Syarikat me-ningkat 65 peratus kepada AS$176.5 juta, manakala eksport ke Belanda meningkat 57.7 peratus kepada AS$76.7 juta.

    “Produk mi segera Korea kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat di seluruh dunia dan popularitinya bukan fenomena jangka pendek,” kata Menteri Pertanian Song Mi-ryung.

    “Kejayaan ini dicapai melalui usaha syarikat membangunkan produk yang disesuaikan dan strategi pemasaran, selain sokongan kerajaan dengan melonggarkan peraturan dan mencari pembeli baharu,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda