YANGON, 2 JAN – Eksport produk emas Myanmar berkembang pesat dirangsang oleh tarif sifar ke atas eksport emas, U Myo Myint, pengerusi Persatuan Usahawan Emas Wilayah Yangon memberitahu Xinhua kelmarin.
Disebabkan turun naik pasaran, eksport produk emas siap Myanmar adalah lemah sebelumnya. Selepas Kementerian Perdagangan mewujudkan dasar baharu cukai eksport sifar ke atas produk emas, eksport telah berkembang pesat dan perdagangan dengan negara lain meningkat, katanya.
Menurutnya, eksport produk emas di negara itu ditangguhkan semasa penularan COVID dan kini disambung semula.
Dengan mempamerkan dan menjual produk emas di festival peringkat antarabangsa, pasaran global permata, barang kemas dan produk emas siap Myanmar telah diperluas, dengan meningkatkan peluang pekerjaan untuk tukang emas, tambahnya. – Xinhua
