Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport produk getah cecah RM21.7 bilion

    KUALA LUMPUR, 1 Mac – Eksport produk getah Malaysia meningkat sebanyak 19.2 peratus dan mencecah paras tertinggi baharu, RM21.7 bilion pada tahun lepas berbanding RM18.2 bilion pada 2016 selain disokong oleh permintaan lebih kukuh daripada kalangan ekonomi maju dan sedang membangun.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) berkata pertumbuhan kukuh itu dapat dicapai walaupun dalam keadaan ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan perolehan lebih rendah dari segi ringgit.

    Selain itu, import produk-produk getah meningkat sebanyak 15.5 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM7.6 bilion berbanding RM6.6 bilion sebelum ini yang membawa kepada lebihan dagangan sebanyak RM14 bilion bagi tahun kajian itu.

    “Bahagian industri getah ini kekal pada 2.3 peratus dari segi sumbangan kepada keseluruhan eksport yang berjumlah RM935.4 bilion pada 2017.

    “Produk-produk lateks juga terus menguasai industri dengan menyumbang 81 peratus daripada jumlah eksport produk getah.

    “Eksport produk lateks turut meningkat sebanyak 19.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM17.5 bilion berbanding RM14.6 bilion,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda