Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport teh Sri Lanka cecah tahap paling rendah

    COLOMBO, 5 MEI – Eksport teh Sri Lanka telah merosot kepada tahap paling rendah dalam 23 tahun, menurut angka rasmi yang keluar semalam, terjejas oleh pengharaman baja dan peperangan di Ukraine.

    Teh merupakan komoditi eksport terbesar negara kepulauan itu, menjana pendapatan kira-kira AS$1.3 bilion setahun sebelum krisis ekonomi melanda negara, paling teruk sejak kemerdekaan pada 1948.

    Namun satu pengharaman ke atas import baja tahun lalu – diperkenalkan dalam usaha untuk menyelamatkan mata wang asing dan mengekal kegagalan membayar hutang – menjejas teruk petani, dengan pengeluaran merosot 18 peratus untuk tempoh November 2021 hingga Februari 2022.

    Data kastam menunjukkan eksport suku pertama 2022 merosot kepada 63.7 juta kilo, berkurangan daripada 69.8 juta kilo dalam tempoh Januari hingga Mac tahun lalu.

    Jumlah tersebut adalah paling rendah sejak suku pertama 1999, apabila negara mengeksport 60.3 juta kilo teh. Pendapatan eksport untuk suku pertama turut merosot kepada AS$287 juta daripada AS$338 juta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda