Monday, October 14, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekspresi koleksi fesyen baharu

    BARCELONA – Louis Vuitton melancarkan reka bentuk fesyen terbaharunya di Park Guell di Barcelona baru-baru ini, memberikan rekaan yang mengujakan sepadan dengan karya agung Antoni Gaudi.

    Cita-cita Nicolas Ghesquiere untuk koleksi 2025 di Paris itu diumumkan di hadapan orang ramai, termasuk pelakon Ana de Armas, Jennifer Connelly dan Saoirse Ronan.

    Louis Vuitton biasanya memperkenalkan koleksinya yang siap untuk dipakai di bandar Perancis, selain memilih lokasi eksotik dan menarik perhatian untuk koleksi destinasi jelajahnya.

    Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi pentas untuk satu malam bagi pakaian terkini yang digabungkan dengan rona daratan yang organik namun masih kelihatan indah.

    Para model melalui 86 batang tiang Doric yang menyokong dataran berkubah di tengah-tengah taman yang menghadap ke Barcelona dan Laut Mediterranean.

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan pakaian hasil ciptaan Louis Vuitton semasa pertunjukan fesyen bagi koleksi 2025 di Park Guell di Barcelona, Sepanyol. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Menurut prebiu bagi pertunjukan itu yang telah dilaporkan oleh Penulis Fesyen The Associated Press, Colleen Barry, berkata Ghesquiere telah diilhamkan oleh ‘warisan berterusan’ Gaudí dan kekayaan warisan seni Sepanyol.

    “Ia seolah-olah sebagai penghormatan kepada kesucian warisan yang mewah itu, di mana semangat tegar Maison menonjolkan watak bersemangat bagi negara tersebut.

    “Keanggunan warnanya, kesetiaannya kepada tradisi diangkat menjadi ekspresi artistik, gelap dan terang yang tidak pernah kelihatan bertentangan,” jelasnya lagi.

    Siluet dramatik berbeza dengan lengkung lembut struktur organik Gaudi, yang kemudiannya digambarkan menerusi pakaian yang ditutup dan dilipat menjadi bentuk pakaian yang menentang graviti.

    Ia kemudiannya diserlahkan lagi dengan sepasang but penunggang kuda yang dilengkapi dengan rumbai.

    Walau bagaimanapun, pertunjukan fesyen itu tidak diraikan oleh semua orang.

    Sekumpulan daripada ratusan penduduk telah membantah acara itu disebabkan oleh timbulnya ketidakselesaan termasuk mengurangkan tempat letak kereta di kawasan itu.

    Bantahan tersebut turut melibatkan aktivis hak haiwan.

    Kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di beberapa batang jalan raya dari dinding luar taman itu boleh didengari memukul gendang, membunyikan hon dan membakar mercun sebelum pertunjukan bermula. Polis Catalan berkata, mereka telah menahan seorang kerana menentang keras keputusan mereka untuk mengeluarkan penunjuk perasaan dari jalan tesebut bagi membolehkan lalu lintas digunakan seperti sedia kala.

    Park Guell juga disebut ‘gu-ay’ telah dibangunkan pada tahun 1900 sebagai pembangunan kediaman kelas atas yang dirancang oleh Gaudi, temasuk kerja-kerja lain seperti Basilika La Sagrada Familia yang masih dalam proses pembinaan. Tetapi kekurangan pembeli menyebabkan ia ditinggalkan sehingga menjadi sebuah taman yang akhirnya diserahkan kepada dewan bandar Barcelona.

    Ia kini menerima 4.4 juta pelawat setahun, kebanyakannya dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan Itali, di mana penduduk Barcelona hanya mewakili 0.3 peratus daripada pelawat, menurut taman itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda