Sunday, December 15, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekstravaganza budaya Kelabit kembali lagi

    KUALA LUMPUR, 18 OKT – Kelabit kembali! Datang dari Bario, Sarawak, mereka kembali untuk berkongsi lebih tentang budaya unik mereka.

    Selepas kejayaan acara di Berjaya Times Square pada Oktober tahun lepas, komuniti Bario menyaksikan peningkatan lawatan pelancong ke daerah mereka, demikian menurut kenyataan Yayasan Kesenian Orang Asli, yang mewakili komuniti itu.

    Pengarah lembaga yayasan itu, Datin Pearl Masna Ulun, juga seorang Kelabit berkata beliau sangat gembira berpeluang mempromosikan budayanya kepada rakyat Malaysia di Semenanjung dengan edisi baharu pertunjukan yang akan diadakan selama dua hari bermula Sabtu ini di tempat yang sama.

    Acara itu mengikuti jejak pengasas mereka, mendiang Datuk Antony Ratos, yang mempromosikan budaya pribumi sejak tahun 1960an, dan acara itu juga akan menyaksikan pelancaran buku bergambar bertajuk “Legend of the Indigenous People” (Legenda Masyarakat Pribumi).

    Yayasan itu komited untuk melindungi, mengekalkan dan menghormati warisan budaya yang kaya dari masyarakat asli Malaysia.

    Menurut kenyataan itu, yayasan berkenaan tidak hanya berusaha untuk melestarikan budaya, tetapi juga berusaha mengurangkan jurang dalam akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan melalui program jangkuan mereka – Health Beyond Boundaries. – Bernama

    Warga kerja Miri Handicraft Centre memperagakan pakaian kebudayaan daripada pelbagai etnik suku kaum Sarawak seperti Kayan, Kelabit, Kenyah, Kedayan dan Iban. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda