BANDARAYA MEXICO, 3 OGOS – Jose Antonio Yepez, ketua kartel pemerdagangan bahan bakar yang berkuasa di Mexico, ditangkap semalam dalam operasi ketenteraan di bahagian tengah Guanajuato, kata pihak kerajaan. Penangkapan Yepez, yang juga dikenali sebagai ‘El Marro’, diumumkan di akaun Twitter rasmi Alfonso Durazo, menteri persekutuan keselamatan awam. Yepez, yang dianggap sebagai salah seorang penjenayah